Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Topik2 perbincangan

Blog EntryOct 29, '05 1:03 AM
for everyone


Blog EntrySep 6, '05 12:35 AM
for everyone
Part 1 - Gambar dipermulaan trekking di area jeram.

Waterfall dan jeram sebenarnya memberi banyak peluang photography bagi
mereka yang berminat.  Atau mungkin ramai yang berminat tapi tak tau camna
nak buat... :)  Cuaca hari tu pun sangat baik untuk menghasilkan gambar
yang bagus. Beberapa gambar telah di-digitally enhanced untuk menyerlahkan
lagi hasil photography.  Tripod sangat diperlukan untuk mengambil gambar
yang lebih kreatif di kawasan air terjun dan jeram.

Format landskap lebih sesuai untuk gambar pemandangan.  Impact foto akan
lebih terasa. Tapi gambar kali ni banayk diambil dalam format potrait untuk
menyesuaikan dengan ketinggian pokok di sekitar kawasan jeram.


Blog EntryJul 28, '05 11:21 PM
for everyone

Di tulis oleh : fnd @ tazen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Topik kali ni bahan api lak.
Bahan api secara asasnya diperlukan memasak.
Ada jugak yang memerlukan bahan api untuk memanaskan badan (unggun api)
Bila mendaki atau berkhemah biasanya bahan api yang digunakan adalah kayu
api, arang,solid fuel, gaz, petrol & minyak tanah.
Bergantung kepada sumber dan keperluan.

Dulu2.. terutama scout. mereka masak guna kayu api.
selepas tu orang beralih kepada solid fuel (lilin askar)
sekarang ni orang biasa menggunakan gaz samaada gamping gaz, hanabishi &
pelbagai jenis lagi le yang ada dlm pasaran.
namun begitu masih ada yang gemar menggunakan cara lama untuk memasak
menggunakan kayu api.
sebagai contohnya ropi. my fren yg follow sana gi tebu tempohari.
dia tetap memasak gunak kayu api.
kayu yang digunakannya adalah kayu dari pokok cerung atap ( yang korang dok
panggil bonsai tu)
kayu dari pokok ini amat mudah terbakar. sesuai digunakan sebagai bahan api
dikala terdesak ( survival)
biasanya budak2 kampung semacam ropi ni akan mencari pokok cerung atap yang
mati lalu mereka tebang & dibawak ke camp site untuk dibakar sebagai unggun
api.

Sekarang ni biasanya orang akan menggunakan gaz untuk memasak.
Pelbagai jenis dapur ada didalam pasaran. dari yg bersize kecil sampai ler
yg bersaiz besar.
Wattnya jugak berbeza2. biasanya yang watt besar harganya pun mahal ler.
Yang bersaiz besar biasanya dapur petak dalam kotak.. eg: hanabishi.sesuai
untuk camping/statik.
yang kecil tu dapur camping gaz. sesuai untuk mendaki.
ada lagi beberapa jenis dapur yg menarik. eg:
http://dklpacat.multiply.com/market/item/3
harga untuk sebijik stove dalam sekitar rm70 - rm250.bergantung kepada watt
dan margin yang peruncit tetapkan.
sekarang ni orang biasa menggunakan camping gaz. tong gaznya ditandakan
sebagai CV470 & CV270.
harga setong sekitar rm20.
boleh direfill. murah sikit rm8 kat evergreen campbell.
kalo malas ke sana boleh refill sendiri guna gaz untuk refill lighter.
keburukkan refill ni ialah peluang gaz untuk meletup/bocor tu ada disebabkan
lubang selalu digunakan untuk refill.
sesebelum ni camping gaz terkenal dgn gaz tebuk. silap tebuk.. burn je 1
tong gaz.
tu biasa berlaku.
:)

gi je search engine taip camping gaz. berlambak2 dlm pasaran skrg.

tu je le dulu. :)


Blog EntryJul 28, '05 11:20 PM
for everyone

Di tulis oleh : fnd @ tazen

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kali ni tajuk dia guide lak.
guide ni memang penting sbb guide ni "insurance" kita.
tugas guide.
1. bawak pendaki2 sampai ke tempat yg dituju le. tu semestinya.
2. beri penerangan tentang tempat yg kita explore tu.
3. beri amaran kalau dia ternampak apa2 yg tak disenangi.
4. sweeper ( 2nd guide)
5. run keluar bersama/support project manager kalo memerlukan bantuan.
6. pastikan semua org yg dia bawak tu sampai tempat yg dituju. kalo trip yg
panjang. kalo boleh & seboleh2nya berkumpul 1 tempat pada malam harinya.
bukannya berpecah pada 2 @ 3 group.
sebenarnya kalau gunung biasa2. selain tahan & kinabalu tak de officialy
rules untuk task guide. so far kalo guide leh beri service yg diatas tu. ok
le tu.
kalo rules standart/official guide untuk tahan & kinabalu ada black & white
task mereka. sbb sebelum jadi guide kena masuk kelas dulu. pastu baru dapat
lesen guide.
dengar citer guide tapis pun kena ada lesen gak.
ledang pun mungkin akan jadi camtu gak.

siapa yg boleh jadi guide?
1. kalo tempat yg standart cam tahan & kinabalu tu yg dilantik le.
biasanya anak tempatan.
org luar yg dah berpuluh kali pun tak layak sbb bukan anak tempatan.
tu kiranya saje je beri kerja pada anak2 tempatan.
2. org tempatan atau orang asli biasanya kita akan ambik org asli atau orang
tempatan yang setempat dengan tempat yg dituju.
3. org kita. org yg tinggal luar dari tempat berkenaan tapi selalu mendaki
ke situ.

so far guide rate tak de yg tetap.
ada yg serendah rm50 1 hari dah semahal rm250 per day.
tengok pada guide tu le nak letak berapa.
kalo guide kinabalu RM 70.00 untuk 8 orang. (sumber dari shahzilan)
tahan rm500.00 untuk maximum 7 hari untuk 12 org. ( tu dulu. skrg ni may be
rm600)
yang lain2 harga ditetapkan oleh guide sendiri.

berapakah jumlah pendaki per guide yg munasabah?
yg ni rasanya tak de jawapan tepat.
kalo ikut standart tahan 12 org le.
kalo trip yang lelain sampai ada 60 pendaki 1 guide pun ada
ada tu 3 pendaki 1 guide pun ada.
untuk selamat aku berpendapat tiru tahan le. 1 guide maximum 12 org.

ada jugak pengajur xpdc/project manager merangkap guide. yg ni biasanya dia
charge lain. sedikit mahal.
eg: rm25 per head untuk xpcd 2 hari.
eg: rm35 per head untuk xpdc 3 hari.
camtu le kurang lebih.
kalo kita sikit kita dia dapat sikit.
kalo kita ramai. dia dapat lebih. camtu le. tapi  dia project manager yg
settting makanan, permit, surat polis & sebagainya.

kalau guide gagau dia kira malam mlm.
trip gagau 4 ari 3 malam. jadi dia charge harga 1 malam rm150.
so sorang guide untuk 1 xpdc rm450
cover hanya maximum 10 org. tu rule yg dia buat
kalo nak gi. kena ikut rule setempat le.
kalo tak ikut rule setempat. siapa nak bawak?
terpaksa le ikut walaupun dlm ati rasa cam cekik darah je diaorang ni.

1 lagi... aku berpendapat kalo nak redah mana tempat. lebih baik kita
respect local people. follow apa mereka nak.
eg: kalo ke g. tapis. biasanya disana dah ada guide berlesen.
guide2 ni akan benggang kalau ada org luar yg bawak team mendaki & mendaki
ke tapis.
ya lah.kalo ambik mereka at least masyuk le sikit mereka.ni kalo ambik org
luar. cam tutup periuk nasik mereka ler.
lagi ketara kalo kat jelawang.
dari bawah ke jelawang org tak kisah sgt pasal guide.
german je.
dari jelawang nak ke ayam @ stong. tu perkara sensetif.
guide2 yg lepak kat jelawang tu seboleh-bolehnya akan push kita ambik mereka
as guide kalo kita nak ke stong @ ayam.
dulu rate untuk stong rm50
ayam rm80
skrg tak tau.
maximum sorang boleh bawak tu tak pasti le skrg. mereka dah setkan limit
berapa.
dulu2.. gi stong 95' 24 org sorang guide aje.
pastu 2nd. 1998 berbelas org gak. sorang gak guide.
3rd gi ayam 4 org je. rm80
katakan kita pernah naik dah stong tu dah rasa confident je nak naik
sendiri.
@ kita bawah member budak luar jelawang jungle tu jadi guide.
turun tu mesti bertekak dgn diaorang (guide2) kat jelawang tu. guranteee ah.
kecuali kita memang kamcheng ngan diaorang.
tak caya.. tanya fadli & zaman.
bagi aku le. lebih baik ambik je diaorang dari dok bertekak. alasan:
"respect local people"
karang jadi apa2..saper susah.
namun begitu pendapat aku ni boleh disanggah  oleh mana2 pihak.
kesimpulannya no right or wrong.
last gi jelawang tu ada bebudak uitm naik tanpa guide. mereka naik dari
bawah, pastu mereka terus je ke camp site yg atas sikit dari kem baha.
pastu mereka redah naik puncak stong. tak pasti le sampai ke tak.
tapi menurut guide2 yg lepak kat baha kem tu. mereka ckp tak sampai.
dari riak muka mereka tu puas ati sbb bebudak tu tak sampai puncak.
tapi tak tau le end citer diaorang ni. bebetul sampai ke tidak ke.

sekarang ni org melayu sudah mula overtake kerja2 guide org asli.
eg: yong yap. dulu2 org asli je guide. skrg org melayu dah overtake.
chamah ulu sepat & gerah rasanya tak ada lagi melayu yang jadi guide.
transpex dah lama dah melayu jadi guide.
gagau. wajib ambik org perhilitan. tu ckp org perhilitan le. walaupun mereka
apply cuti untuk bawak org mendaki gagau tu.
kita part time diaorang.
lantak diaorang le... malas nak peningkan kepala. sbbnya perhilitan ni
memang experience people.
kalau melayu jadi guide. mereka takkan tinggalkan 2nd climber tu kat
belakang. maksudnya 2nd climber tu akan nampak guide tu.
dan sweeper plak memang takkan lari dari post dia as "puyol" kat belakang
sekali.
kalau org asli plak. ada yg best service. ada yg kurang fasih pun berbahasa
melayu & ada yg selfish.
may be mereka tak faham kot task guide camna.
case study:
1. xpdc yong yong merdeka day 2001. peserta 24 org. guide sorang je bernama
mas (lelaki)
dia layan kepala dia je. org asli dgn beban yg sikit. dgn speed yg memang
gear 6. usah citer le.
cicir yg belakang. sorang je geng kitaorang bernama kojak yg sempat kejar
dia. yg no 3 sempat nampak kojak berbalam2 je.
rasanya speed kojak ni cam speed cik mie le.
yang camni tak best le sbb guide tu layan kepala dia je.

2. chamah - ulu sepat merdeka day 2002.
pendaki 9 org. ambik 2 guide. alasan guide tu. dia tak nak masuk hutan
sorang2. nak ada teman.
masak le bayar guide. nasib baik rm50 per day.
guide depan sekali nama apa ntah lupa dah. dia ni pukul 6 dia nak stop.
kerja office hour je :)
kalau ikutkan bebudak ni nak gi depan sikit lagi. dlm 1 jam leh sampai ke 1
camp site lain lagi.
tapi mamat ni tak tinggalkan 2nd person belakang dia.
maknanya selalu nampak dia.
dia turut lencongkan jalan dgn menebas resam untuk elak dari lalu jalan
betul yg kat situ kapak gunung dok melepak.
sweeper belakang tu adik dia. nama "man" dia ni sempoi. sbb dulu dia belajar
kat ikm ke apa ntah. yg provide kursus kemahiran untuk anak2 org asli di sg.
pencala.
jadi dia tau cara hidup org melayu. banyak gak aku sembang ngan dia.

3. g tahan mei 2001.
guide ni nama fauzi. semua ahli team 12 org.
last day.ari ke 6. ada 3 org brother ni tercicir  kebelakang. termasuk
sekali ngan aku & syahril cicir sbb layan brother ni.
jadi total cicir 5 org le.
bila mana nak keluar dari melantai ke kuala tahan. time tu pukul 6. fauzi
tunggu kitaorang. dia kuar sama2 dari melantai ke ke k. tahan.
akhirnya 4 pagi baru sampai kuala tahan.alhamdulillah selamat. lambat sbb
brother tu kaki dah pecah2. sbb melecet + kena gigit semut.
kaki bengkak giler. lepas balik je dia MC 2 minggu.

4. ogos 1995 g. stong
time tu baru je berjinak2 dlm dunia outdoor ni.
24 org semuanya. dlm 24 org tu 20 pakai beg askar.
ada member dimasuk benda halus bernama "bogor" time kitaorang berteduh dek
hujan lebat takkala turun stong kat gua.. " apa nama gua tu aaa. gua bogor
ke"
guide bernama prapsoon (siam) yg ubatkan ikut cara dia.

5. ujung minggu lepas. bujang melaka.
naik 4 org. tak de guide. yg ni sepatutnya tak diamalkan sbb berisiko.
tapi disebabkan kos guide tinggi. belasah je le labu.
journal ckp mudah/sempoi. member2 ckp camtu gak. so belasah je le
last2 presure sbb tak tau target masa sama tak dgn target ikut journal org2
lain.
alhamdulillah selamat.


Blog EntryJul 5, '05 11:10 PM
for everyone

Ditulis oleh : fnd @ tazen

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Kali ni topik sleeping mat
sleeping mat ni bab simple je
tapi kalo time nak tido mlm. kat puncak. sejuk gak belakang tu kalo tak de
sleeping mat.
ada yg guna sejadah tebal. pun jadik.
ada yg bawak karpet. pun ada.

ada sesetengah tempat guna word karrimat.
may be sleeping mat karrimor brand kot
so.. jadi karrimat.
sleeping mat yg simple. beli yg rm10 je.
pastikan beli yg ringan. ada yg nipis ada yg tebal.
ada yg untuk 2 person lebarnya ada yg untuk 1 person lebarnya.
senang2 beli yg untuk  1 person je.
tebalnya dari 3mm ke 1 cm.
kalo nak beli yg tebal 1 cm tu pastikan ianya ringan.
sbb ada yg berat. berat tu takde le berat. tapi berat le sikit dari yg
biasa.
ada sesetengah org. dia potong 2 sleeping mat tu.
alas2 cukup untuk dari tengkok ke punggung dia shj.
kalo yg standart  ada le dekat2 7 kaki panjangnya.

cara pakcing mat ni ada ada bermacam2.
ada yg gantung part atas sekali haversack
ada yg sangkut kat tepi haversack.
the best..
lingkarkan mat tu dikeliling haversack sebelah dlm.
bagi raung ditengah2 untuk taruk barang. dah lingkaran tu hendaklah serapat
mungkin ke dinding haversack.
itu je le kot setakat ni.

 :) 

Blog EntryJul 3, '05 8:56 PM
for everyone

Di tulis oleh : fnd @ tazen

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni pasal torch light.
Lampu suluh ni. kalo sekali fikir cam remeh.
tapi bila time memerlukan & tak de plak benda tu time tu.
nyesal tak abiz..."pesal le aku tak bawak"
perkara ni selalu berlaku.
kesimpulannya disiplinkan diri bawak torch light.
bawak torch light yg ok.
yang bulb ok. bateri ok. jgn bateri kong plak.
so.. sebelum pergi. pasti bateri yg ok.
kalo bleh bateri baru.

torch light ni plak ada bermacam2 jenis lak.
ada yg leh lilit kat kepala. cam yg zul punya.
jadi tak yah pegang.
ada plak untuk diving purpose. biasanya yg ni mahal. sbb leh guna untuk
dive. tak masuk air.
terangnya melebihi torch light biasa.
tapi bateri dia cepat abiz.

yang biasa2 tu boleh dibeli pada harga rm5 ke atas.
sebaiknya cari le yg dlm lingkungan rm15. yang berkuali sikit.
sesetengah torch light yg kurang berkuali ni mentol dia cepat terbakar.
kalo boleh carikan spare part eg: mentol kat kedai2 eletrik or hardware.
sebagai langkah berjaga2.
kadang2 org ada jugak menggunakan torch light sbb free gift bila beli
barang.
kalo yg lucky. torch light tu function ok.
tapi biasanya tak ok. tak tahan lama pun.

size bateri ada 3 jenis untuk torch light.
yg kecil sekali, sedang, besar.
elakkan beli torch light yg bersize sedang. sbb yg bersize sedang ni harga
dia mahal.
mahal melampau2 berbanding size besar @ kecil.
biasa yg size kecil tu ada je.. special offer.
brand bateri yg patut dibeli.
sebaiknya beli bateri yg tahan lama. bukannya bateri kat maidin. sbbnya .
takkan le nak bawak banyak bateri. dah le berat. bawak banyak plak.
ada bermacam2 iklan kat tv pasal  tahan lama tu.

elakkan bateri dipasang secara betul sebelum aktiviti pendakian bermula.
alsannya: tersilap button bateri on tu. sepanjang pendakian kita. bateri
jalan. then. last2 bateri dah abiz.
bateri boleh dipasang terbalik. eg: + bertemu +.
jadi current takkan mengalir.
@ senang2. kalo bateri yg dalam pack lagi tu. tak yah bukak. bila nak guna
baru bukak.
kalo tak digunakan. boleh digunakan untuk the other trip lak.

ada jugak org yg gantung torch ligt cam gantung handset kat tengkok
tu bagus jugak. sbbnya ianya selalu bersama kita bila malam.tak perlu le nak
cari kat mana letak bila memerlukan.
biasanya torch light yg tu harganya mahal sikit. rm70++ brand maglite as
example.

ni... nak citer sikit pengalaman pasal torch light.

1. sg lembing gi cari kelah.raya cina tahun 2003
fauzi (our guide) pakai bateri moto. & lampunya dia letakkan kat dahi.
bateri ikat kat pinggang. dia dah buatkan complete sarang untuk bateri
sekali tempat ikat cam tali pinggang
boleh charge bateri tu. terang benderang.
kelemahan 1 je. berat.
kebaikkan. terang benderang. jimat sbb boleh charge.
fauzi tu bawak 3 bateri camtu.
so.. senang le sikit nak berakit pergi angkat jaring guna torch light camtu
time malam.

2. kitaorang plan nak daki datuk. naik mlm. bertolak pun dah lewat ptg dari
kl ke sana.
sampai kaki datuk. lepas check2.. torch light ada 2 je. 1 tu malap plak tu.
org dlm 7 org.
jadi terpaksa le tido dulu. esok pagi baru leh naik.
kan dah lari dari jadual sbb tak disiplinkan diri bawak torch light.

3. aku sendiri ada le beli 1 torch light diving untuk camping. sekali dgn 2
spare part bulb. rm250.
bateri size sedang.
terang tu memang le lebih dari torch light biasa. tapi bateri cepat abiz.
4 bijik bateri size sedang untuk 1 torch light sekali pasang.
kalo guna bateri duracell. 4 bijik rm 14.00 lebih kurang.
guna non stop. 4 jam je.
last2 sekarang ni. torch light tu simpan je.
tak larat nak tanggung usage dia.

4. ni.. tolong citer kisah wani lak
kol 7 nak turun ke sungai dari puncak tebu.
tak bawah torch light.
last2 sekali dia & kiah mengagau naik.
nasib baik abun bawak torch light.
moralnya. kalo dah rasa gelap tu. nak kemana2. bawak le torch light.

5. yang pasal kes bateri abiz sbb torch light terON dalam haversack tanpa
disedari tak pernah jumpa live le
just dengar org citer aje.
bateri handycam out sbb lupa off tu ada le.

hehehe. tu je le dulu.

 


Blog EntryJun 29, '05 10:11 PM
for everyone

Di tulis oleh fnd

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni topik sleeping bag plak.
sleeping bag ni function dia sebagai selimut le.
sesetengah kaki outdoor. diaorang pakai selimut je.
terutama yg otai2. eg: fauzi & tok sidang (guide g.tapis. sg lembing)
skrg ni. tabligh pun pakai sleeping bag gak. tak caya.. mlm minggu gi ke
masjid sri petaling.
mutu sleeping bag ni ada bermacam2 level.
biasanya kalo yg murah tu. mutu rendah le.
skrg ni.. banyak tempat dah jual sleeping. kedai outdoor ada, hypermarket
ada, kedai mancing pun ada hatta kedai runcit/convinience stall kat masjid
sri petaling pun ada.
sebenarnya mutu tinggi ke rendah ke depend pada kita nak guna time mana.
pada ketinggian berapa @ senang citer pada degree celcius berapa.
kalo kita nak guna untuk tempat yg memang ditanah tinggi eg: laban rata
kinabalu. kalo boleh cari le sleeping bag yg leh support sekitar 5°C.
jgn cari yg cikai2 lak.menggigil nanti.
begitu jugak kalo nak camping kat kaki2 gunung. jgn le guna yg support
sampai -5°C or yg support untuk ice
kalo tak ada je nanti yg bukak sleeping bag. sbb panas.
bentuk sleeping bag hampir sama. tapi ada sedikit kelainan.
ada yg dia tutup hanya sampai bahagian bahu shj.
ada yg boleh cover 1 tubuh. yg nampak hanya mata & hidung shj.
sebaik2 sleeping bag adalah sleeping bag yg boleh tutup seluruh tubuh. yg
nampak hanyalah bahagian muka shj.
dengan itu haba dari badan akan terperangkap didalam sleeping bag tu shj.
dan ianya tak terlepas keluar.
oleh itu kita berada dalam keadaan selesa bila tido.
sleeping bag yg kita mampu pakai ok & harga berpatutan.. adalah brand
coleman.
size  pun ada macam2.
yg kira patut2 dalam yg harga dalam rm100.yg tu kira flexi untuk cuaca hutan
mesia ni.
kalo nak yg kecil sikit. time UFL offer boleh dapat rm60.00

kalo yg branded. eg: deuter. mau sampai rm300.

tu je le dulu kott..
ada apa2 tanya le.

soalan dr alon
 
kalau sleeping beg untuk tanah tinggi tu biasanya
tebal dari biasa ker. cam mana nak bezakan yg bagus
ker, yg tahan lama, yg tahan sejuk.  ikut ketebalan
sleeping bag tu ker. atau ada size size dia sendiri.
ada tak sleeping bag datang sekali dengan bantal.

ada berapa warna untuk sleeping bag. yg saya banyak
tengok ialah warna biru. tak kira biru muda atau tua.
hanya ada warna biru ker. kalau warna oren cantik
juga. hehehe .. lain dari yg lain.

cam mana pulak nak cuci sleeping bag. campak masuk
washing machine ker atau lap dengan air kosong jer.
wah yg rm300 tu buat dari kulit kambing ker.  
 
jaw dr fnd
 
tak semestinya yg untuk tanah tinggi tu tebal.
tapi kebiasaanya yg tebal tu leh cover le untuk tanah tinggi.
sebenarnya ikut material didalamnya.
ada yg guna wool,ada yg contton le.pastu wool plak ada perlbagai kualiti.
biasanya yg branded. dia akan ckp kat sleeping bag tu dia cover untuk temp.
berapa.
yg datang sekali dgn bantal. tak pernah jumpa lak.
biasanya bantal yg dijual. bantal yg kena tiup le.
tapi tu semua beratkan haversack aje.
better alaskan dgn haversack ke apa. lagi save space.
color lak. biasanya biru, hijau, coklat jarang2 & merah jarang2.
orange tu kalo yg branded ada le kot. brand deuter, north face, lowe alpine,
bergaus.

camna nak cuci sleeping bag tu soalan yg bagus.
sleeping bag tu. kalo tak perlu cuci. sekadar ada bau2 sikit tu jemurkan
aje.
kalo ada kotoran sikit. cuci dgn air suam. kalo perlukan sabun pun cuci part
yg kotor shj.
tu pun gunakan seminima mungkin sabun & luas permukaan yg perlu dicuci.
sbbnya.. sabun akan menghasil molekul2 fabric sleeping bag yg berfungsi
untuk memerangkap haba.
kalo dah cantuman molekul2 tu pecah. nanti ada lubang le untuk haba yg
terperangkap dlm sleeping bag tu keluar.
& udara sejuk akan masuk ke dlm sleeping bag tu.
 :) 

Blog EntryJun 28, '05 11:44 PM
for everyone
Ditulis oleh : fnd @ tazen
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ni tajuk baru lak.
selepas 2 topic iaitu khemah & haversack.
ada lagi topic2 lain yg perlu dikupaskan.
iaitu benda2 asas pendakian @ perkhemahan.
antaranya, sleeping bag, sleeping mat, stove, gaz lamp, solid fuel, torch
light, dress code, kasut, selipar, alat2 komunikasi,sandal,kamera, mess tin,
sudu, garfu dll.
elom masuk bab sampah lagi, pastu petua2 dlm hutan lagi, team mgmt lagi.
team mgmt tu cam main bola gak. ada pengurus, ada striker, ada keeper dll.

kali ni ingat nak taip topic fly sheet & ground sheet. yang lain kita isukan
kemudian. 1  per 1. nanti post semua. muak lak bacanya.

1. fly sheet = helaian terbang.
2. ground sheet = helaian nak taruk kat tanah. nak lapik duduk/baring le
senang citer.

fly sheet biasanya dibeli sekali bersama khemah @ asing2.
depend le.
kalo fly sahaja yang bagus. pastikan ianya bersize 4 segi tepat.
jgn fly sheet yg ikut size khemah terutama khemah doom. yg tu susah sgt nak
pasangnya sendirian.

senang citer.. the best flysheet tu bercolor silver.
biasanya didapati pada size 2 men tent, 4 men tent, 6 men tent.
actual size. berapa kali berapa. lupa dah.
harganya tak pasti le plak. around rm80 for 4 men tent kalo tak silap.

recomended size 4 men tent or 6 men tent.
2 men tent kecik sgt.
tak leh cover ramai org.

eg: fly sheet tu ada dlm atthment gambar. 

kebaikan fly sheet tu cam yg dah miss tomato ckp le.
ringan. senang nak cuci. flexi.
compare to khemah.

kebiasanya. kalo org lama2 masuk hutan hiking. mereka tak bawah khemah.
mereka akan bawak fly sheet & ground sheet shj.
termasuk le guide2 tahan. mereka bawak flysheet& ground sheet shj.

ground sheet plak. cuba tengok baik2 bawah fly sheet tu. ada ground sheet.
tu je ground sheet.
biasanya ground sheet ni .. warung tepi2.. or celah bangunan akan gunakan as
fly sheet mereka.
color orange sebelah biru sebelah.
petua tak nak @ nak kurangkan kena basah hujan.
tegangkan flysheet betul2.. pastu pasang serendah mungkin.
bab kata tomato. merangkak pun tak pe.

untuk camping benda yg biru+ orange ni tak sesuai untuk fly sheet. berat
sgt. jadi berat nak pikul.
better alternatif yg lelain.
ada 1 lagi ground sheet yg lain. color biru. belang2. cam baju argentina.
tapi yg tu mudah serap air.
ada gak sesetengah org. dia belasah je banner ditepi jalan yg bentuk 4 segi
tepat. size ngam sorang je.

ha.. tu je le rasanya untuk kali ni.
kalo ada saper2 nak tambah. tambah le.
nak tanya .. tanya le.

soalan dr alon
Gooday,

kat gambar tu fly warna biru, siap dengan ada lubang
nak ikat. kat mana boleh beli benda tu yer. bagaimana
cara cara nak ikut pulak.
 
jaw dr fnd
tengok yg belakang tu color silver.
hahahha.
beli kat kedai outdoor eg: evergreen campbell.
bila sebut flysheet. dia akan tanya  nak size berapa?
pastu ada le dia sebut berapa kaki X berapa kaki.
kalo tak tau exact berapa kaki X berapa kaki.
cakap je.. 4 men tent or 6 men tent.
yg 2 men tent susah sikit nak cari.
kurang berada dlm pasaran.

alon.. cara2 nak ikut ke cara2 nak ikat?
 
reply dr alon
sorry, tersalah taip, cam mana nak ikat benda tu. kena
ikat kat mana ker mana. yg dalam gambar tu size untuk
6 orang ker.
 
feedback dr fnd
 
aha. 6 men tent.
ikat je kat mana2. janji tegang.
sebaiknya ada  2 tiang untuk tegakkan flysheet tu. cam dlm gambar tu.


Blog EntryJun 26, '05 10:10 PM
for everyone
Ditulis oleh : fnd @ tazen
pasal khemah ek!
tu senang je.
memula sekali basic khemah dalam pendakian.
saper nak guna khemah tu. dia bawak sendiri.:) 

as example. khemah muat 3 org.
so. kalo nak save.  boleh pecah-pecahkan khemah.
rod sorang, body khemah sorang & flysheet sorang.
tu memang suatu yg pendaki kena alami @ bawak sendiri untuk sampai ke
destinasi & bermalam di tempat yg dituju.
tu standart amalan untuk menjadi hiker.

sent dulu. nanti tambah lagi.
tunggu respond org lak.
 
reply dr su
hehehe....basic khemah tue....yg tak tahan tue..hehehe...
tp tul la tue...dh penah de pengalaman..kena bwk khemah yg ala..yg besau tu..kira bumbung khemah la...bukan kecik...besau n berat giler..utk perjalanan 3 jam....mmg sengsara gile tp sbb t'jawab utk pasukan....gagahkan juga la...tp mmg seronok dpt bebakti pd rakan2 sepasukan..hehe.. skang ni, gagah ke tak lagi..xtau le..tp takat khemah kecik yg muat 3 org tu insya-allah...bleh la... nak tnya...selain khemah...yg su tau..perlu ader is sleeping bag &... emm...selalunyer pe lagi eh...mat yg selalu kaler biru tu selalu guna utk per???alas je kan...xperlu sgt kan?? then, safety utk khemah tue...kalau2 lah ujan ke...ribut ke..angin kuat ke.. agak2 leh terbang ke khemah tue???ha...sekian dulu..hehe..
 
reply dr tazen
aha. betul le tu.
kalo dah tau tanggung jawab tu bagus le tu.
 :) 

pasal bawak khemah ni. amat digalakkan semua dalam haversack. bukan bawak
kat tangan.
sebab bawak dgn tangan ni penatnya amat sangat. kadang2 kita terpaksa guna
tangan untuk support body semasa mendaki akar2, or semasa
tergelincir/jatuh.semua nak pakai tangan. kalo boleh tangan free.
kalo tangan nak pegang something pun biar le tongkat.
tongkat yg beli kat kedai yg standart or. kayu2 yang boleh dijadikan pokok.
dulu su mesti bawak khemah guna tangan kan. sbb dah tak muat nak taruk dlm
haversack kan?
betul tak?  :) 

yeap. selain khemah, banyak lagi gear2 lain yg kita kena ada.
sleeping bag, sleeping mat ke dll.
tu untuk personal.
untuk group. stove, mess tin/periuk, lampu dll
tapi memandangkan topic kita kali ni khemah. kita citer le pasal khemah
dulu.
yang lelain akan menyusul nanti.

soalan su pasal safety utk khemah tue...kalau2 lah ujan ke...ribut ke..angin
kuat ke..
 agak2 leh terbang ke khemah tue???
memang good question.
sbb memang nak citer pasal tu pun.

khemah.  kalo kat pasaran skrg ni. kat carfour pun berlambak.
cuma kalo nak cari khemah. cari le khemah yg baik.
khemah yg baik tu ciri2nya camni.
1. tak bocor kalo hujan.bocor dari atas & bawah.
2. stick tak patah kalo kena angin yg kuat.
3.senang dicuci.
4. senang dipasang
5. senang dipacking.

kesimpulannya. kalo kita kat mesia ni beli le coleman.
harganya untuk 2 men tent. = rm139.00
harga disekitar tu le.

namun begitu. kalo kita ada khemah2 yg biasa2 aje. brand pun manufacture
pakai taruk aje.
ada cara untuk jadikan khemah anda selesa.
as example: khemah wani.

caranya sediakan alas/lapik/ground sheet untuk khemah khemah secara
berasingan berasingan.

mula2 sekali kita kena pastikan size tapak khemah kita tu.
biasanya 5X7 untuk 2 men tent. sebenarnya boleh taruk 3 org pun dlm tu. size
melayu
dan 7X7 untuk 4 men tent.sebenarnya boleh taruk 5 org pun dlm tu. size
melayu
then kita beli ground sheet yg bercolor biru sebelah orange sebelah.
kita beli yg size dia ngam2 je dgn size tapak khemah kita tu.
kalo tak ngam pun. kita potong bagi ngam2 dgn size khemah kita tu.
itu le kita gunakan untuk alasankan tapak khemah kita tu.
kebaiknya.
kalo ada air bocor dari bawah. kemungkinan untuk bocor masuk ke dalam khemah
& menganggu tido kita kurang le berbanding tak berlapik langsung.
tapak khemah kita tu tak perlu dicuci. sbb yg kotor dgn tanah adalah ground
sheet tu je.
ground sheet tu senang dicuci berbanding khemah sbb ianya  sekeping je.
keburukannya. dah tambah 1 benda. bertambah berat le beban perlu digalas.
tu bahagian bawah.

bahagian atas lak.
boleh beli flysheet extra dah tarukkan diatas khemah ni. kiranya jadikan
flysheet tu double layer le
tak de le kalau hujan air menitis masuk dlm khemah.

kalo dah kita tido dlm khemah dalam hujan. tetiba khemah bocor dari atas &
bawah. potong tido je.
gurantee tido mlm tu tak lena. ntah2 tak leh tido disebabkan air hujan tu.
keburukkan tambah extra flysheet tu 1 je le. bertambah berat le beban perlu
digalas.

tempat nak parkingkan khemah kena teliti jugak
pastikan jgn ditempat air mengalir.
kalo ditempat air mengalir. kalo sempat buat le longkang
sebaiknya parking betul2 tempat yg air tak mengalir kalo hujan.
1 lagi. pastikan khemah dipasang dgn betul2 tegang. kalo pasang tak tegang.
kendur sahaja. kemungkinan untuk air menitis masuk tu tinggi le sikit

pasal angin kuat plak.
pastikan khemah dipasang di tempat yg tak terlalu terbuka.

as exampe. tempat kita pasang khemah & flysheet baru ni kat tebu lebih bagus
dari tempat cikgu & kelana C pasang.
tempat kita sedikit tersorot dan tempat mereka terdedah kepada angin yang
kencang walaupun malam tu tak berangin.
terdedah kepada angin yg kencang boleh menyebabkan flysheet kita terbang
ditiup angin & stick/rotan khemah patah.

khemah yang lebih rendah ketinggiannya lagi baik dari khemah yang tinggi.
untuk kes angin ni.
tapi lagi rendah khemah. lagi le tak selesa kita.
tu le pro & con.

tu je le dulu.
 
soalan dr alon 
 
banyak info dapat. nak tanya juga lah. ok kalau dah 
hujan kita tahu cam mana nak elakkan air masuk. ada
hujan ada juga kilat. then cam mana u orang nak
selamat dari dipanah kilat. touch wood. kan atas
gunung senang sedikit kena kilat kalau dah tinggi.

satu lagi. cam order air pulak. pasal open khemah yg
saya saya suka tinggal berbanding khemah pasang siap.
cam mana nak elak air hujang masuk. kan sekeliling
terbuka jer.
 
jaw dr ani
 
aku sokong klu kita invest duit beli khemah yg mahal skit.. takat
coleman tu kira yg t'baik n t'mampu utk org2 cam kita ni ler. tp aku
sakit hati betul byk khemah aku n mamak org pinjam tak pulang..  :( 

dulu2 masa zaman tak ada khemah sendiri main ikut penganjur je la..apa
khemah dia bg itu yg kita pakai.. kalau zmn bljr pakai khemah A shape
tu.. hehe... tp kira ok gak bljr pakai khemah dr yg jenis susah ke
senang.. kira bleh jd peglmn survivor...

klu zaman2 survivor dulu plak.. tidor tak yah pakai khemah pun.. pakai
poncho as plysheet.. dan hammock jer.. tp hammock dulu jenis yg askar2
pakai.. Kira kalau nak pasang hammock tu kena tak mesra alam lah
skit.. sebb kalu tak jumpa batang kayu utk dijadikan alat utk batang n
tiang hammock tu tak tidor la kita.. tiang hammock kena ada 6 btg.. 
itu kalu tak ada pokok yg kita leh ikat tali hammock ni... hehe aku ni
syok sendiri jer tak tau korg paham atau bleh imagine ke idak.

setakat ni pglm tidor dlm khemah yg paling segar dlm ingatan ialah di
Belumut.. masa tu tak de coleman.. khemah igloo tp fromEvergreen..
sblm2 tu khemah evergreen tu bleh thn lg ler.. setakat air masuk
sikit2 tu boleh tahan.. sebb tu kena ada ground sheet.. lg nak selesa
lapik lg dgn sleeping mat..

Tp masa kat belumut nak dijadikan cerita, start aje mendaki pg tu
hujan ..kira tara lebat jugakler.. hujan sampai puncak... mlm reda
sikit.. tp hujan balik awal pg sampai ke subuh.. tau2 je la puncak
belumut tu (nama pun belumut) tanah gambut.. so mlm tu berkubang ler
kitorg dlm khemah.. nak dijadikan citer jgk.. mlm tu tak sempat nak
buat longkang.. so bertambah2 la air masuk dlm khemah..

nasib ada yg bawak plastik sampah hitam tu... so awal pg tu kitorg
tido2 ayam sambil duduk dlm khemah dgn bontot dlm plastik hitam..bleh
imagine kot..

so tak rugi beli khemah mahal skit.. dan lgpun ringan n tahan lama..
kalu pandai jaga sampai ada anak leh pakai...hehehe..

ok stop sini.....
 
jaw dr in @ tomato
 
setahu saya kalo dah kilat petir kat puncak gunung, better kite gerak
ke bawah sket...
maksudnyer beredarlah dari puncak tuh secepat mungkin...carilah
tempat lain yg dirasekan lebih selamat...

saya lebih suke tido bawah fly jer banding khemah...
sebab lebih ringan, murah, senang dibawa, senang dibasuh, buleh
dibukak kat campsite yg sempit...very flexible laa...
cara nak elakkan dari air masuk or terpercik ke bwh fly setahu saya
laa...
ikat hujung fly setegang yg buleh...pehtu pasang rendah2....
biar kene masuk secara merangkak pun takper...ehehe
 
soalan dr alon lagi
 
lagi satu, dapat rasa udara yg segar kalau tidur kat
bawah fly. 

nak tanya, cam mana u orang nak elak serangga/haiwan
masuk/ganggu yer. maksud saya, mana tahu ada ular,
lipan, masuk ke sleeping bag, bawah sleeping mat ker
semasa tidur. ada petua ker. 
 
pandangan dr fnd
 
ops... bercakap pasal khemah nak tahan lama.
tipsnya.
selepas balik camping. pastikan khemah dilipat/gulung dalam keadaan kering &
bersih.
bersihkan tanah2 yg melekat di tapak khemah & keringkan.
pastu lipat/gulung. simpan elok2.

1 lagi. pastikan part2 khemah tu tak hilang. part yg selalu hilang biasanya.
sarung khemah, sarung stick/rotan, sarung pack (besi yg dicucuk ke tanah
untuk tegangkan khemah & pack tu sendiri, tali untuk tegangkan khemah.
bila mana khemah dipasang. pastikan semua sarung2 tu disimpan didalam poket
yg dah ada didalam khemah tu.
bila nak pack khemah. pastikan jumpa tali & pack dikira sebelum disimpan.
 
jaw utk soalan alon
 
alon.
ko tak jumpa lagi kalo tidur bawah fly tu angin masuk. kadang2 boleh sejuk
sampai ke tulang.
tebu baru le boleh le sbb cuaca dikelaskan kepada panas. bukannya sejuk.

guna khemah @ fly ada pro & con.
kalo khemah. berat, mudah masuk air. kena pastikan port ditempat yg betul
baru selesa. kebaikkannya secure le untuk ular, lipan & bla2.
fly senang ringan, flexi, senang dicuci. cuma terdedah le.
tips extra: taburkan belerang @ sulfur le. nak elakkan ular.
kalo nak pasang flysheet. pastikan dipasang bukan berdekatan dgn kayu
buruk,batang balak yg dah mula mereput, lembab.
biasanya lipan, kala jengking suka bersarang kat situ.
 
tutup topik khemah
 
rasanya nak tutup dah bab khemah ni.
nak bukak bab lain lak.
 :) 
ada permintaan postkan pasal cara2 pack haversack.
tapi memikirkan bab2 lain tak masuk lagi eg: sleeping mat, sleeping bag,
stove, gaz lam, fly sheet, ground sheet, torch light.
hold dulu pasal cara packing tu.
sebabnya.. kalo nak packing barang mesti ada barang2 tersebut.
 

Blog EntryJun 17, '05 6:03 AM
for everyone

Ditulis oleh : fnd @ tazen 

Asslamualaikum & Salam Sejahtera.

Sesambil kita discuss bab logo, badge & bendera, pic muka2 ahli2, previous xtvt, next xtvt. Apa kata kita disucss or postkan artikel pasal tips, petua & cara- cara meningkatkan lagi stamina, skill, gears sebagai outdoor people.

sebagai contohnya tajuk: haversack, khemah, lampu suluh, sampah, kamera, jam, camp sites, hamock, fly sheet, groud sheet, sleeping beg, sleeping mat or others gear. boleh jugak discusskan pasal transport ke, BBQ plan ke..

senang citer apa2 jua le yg berkaitan dgn outdoor xtvt.

eh.. saper2 ada pernah baca buku datuk paduka sharifah mazlina tak? pemegang rekod dunia rentas antartika. makanan apa yang dia makan untuk lunch & dinner. time baru2 ni kat scoreboard extended dia ada tunjukkan makanan yang dia makan tu. very simple cam maggie aje tapi makanan tu penuh dengan kabohidrat & protein. nak le tau gak. ada logo halal tak makanan tu. mana nak beli makanan tu.


Blog EntryJun 17, '05 5:15 AM
for everyone
 Ditulis oleh : fnd @ tazen
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

memula ingat nak citer pasal khemah. tetiba ada member mintak citer pasal haversack.
so.. tajuk kali ni haversack le

tajuk haversack selalu diperbicangan dalam forum2 outdoor. mat saleh ke melayu ke. eg: gunung online.
ada yang cakap..  mag pac dari NZ the best.

pastu ada yang cakap the best haversack adalah:
1.karrimor
2.dueter
3.lowe alpine
4. lain2 brand.. north face le. one polar le, wolfgang le, mag pac le &
pelbagai lagi le may be dari magazine mat salleh kot. sbb pernah terbaru dari research oleh magazine diaorang ckp dueter terbaik.
ntah2 org magazine tu kena sogok ngan dueter tak tau le.

pastu ada sorang mamat lagi tambah. dia dah try.. sekian.. sekian.. haversack. dgn haversack yg dia miliki + pinjam member2 punya.
dia buat kesimpulan.
1.lowe alpine
2. karrimor
3. dueter.
pastu yang lain2 cam diam je.. maklum le setiap org ada fan brand haversack
sendiri cam AF gak.

pastu ada sorang lagi mamat lain masuk campur. dia cakap. try dulu. sesuai
dgn body tu le haversack yg sesuai untuk kita.

my opinion pasal haversack.

1st. budget. kita ada berapa budget nak spent untuk beli haversack.
2nd. spec. kita nak yang spec camna. lebih kepada berapa liter  kita nak beli.
yang ni kena sesuai dgn body kita. as example, my opinion. kalau org cam cik kiah tu.
kalau yang 45L tu kira cun le.

bercakap pasal budget. ada gak haversack 2nd hand yang dijual kat kedai2 bundle.
kalau dapat yg cantik2.. best gak. sbb murah.
biasanya brand lowe alpine & north face. tapi kena rajin cari le.

nak cakap sesuai dgn body subjektif le.
cara senang. try haversack, isi penuh2. pergi mendaki. baru tau sedap ke tak
sedap.

skrg ni brand yg menjadi pilihan majoriti kalo org nak beli haversack adalah
dueter kot. masalah deuter ni rm400 at least. baru sedap nak beli yang spec best sikit.

kalo setakat dueter futura tu. tak yah beli le. walaupun nampak frame cantik. sakit belakang je.
tapi tak tau  le deuter 42L. tu kena tanya puan eyta le.

kalo dueter futura size kecik memang tak best sakit belakang. dueter futura 18L as example.
rujukan. me ( fendi ) & syahril.

so far.. rasanya ok le setiap sorang dgn haversack masing2 kot. cam..
- mamak dgn beberapa haversack. rasanya 6 kot. fav: lowe alpine liberty 70+20
- ani dgn lowe alpine frontier 55+20 ( dah pinjam untuk gi tahan & tapis)
- abun dgn lowe alpine alpamayo 55+20.
- MJ dgn lowe alpine alpamayo 55+20
- along.. tak dapat nak tengok model mana dueter dia tu. asyik cover aje dgn rain cover dalam 55L ++ kot
- wani dgn karrimor 35 trail
- zaman dgn karrimor panther 65
- shida dgn karrimor panther 55
- zul karrimor panther 65
- tomato - tak tau brand apa. asyik dok cover je. rasanya dueter kot.
- adlin dueter atlas 55+20
- shahzilan. tak tau brand apa. rasanya karrimor panther 75
- cik mie. lowe alpine apa ek. lupa dah. appalacian or frontier. 65
- me (fnd) lowe alpine applacian 55+20
- alon.. apa ek. dueter 28 kot.

waktu2 yg sesuai untuk membeli haversack baru. time UFL offer. biasanya
brand karrimor. tu kena budget rm400 baru sedap gi beli.
kalau dapat sekali dgn spare part ok sikit.
eg: beli karrimor jaguar s supercool. ada spare part untuk (hmmm. tak tau nama apa benda tu)plastik

penat dah menaip.
saper2 nak yang tambah ke komen ke. reply all le email ni.

jaw dr Zaman
Saya sebenarnya pakai haversack Campmor apa series ntah.. Cikai punya
brand. Beli masa study dulu. Dah lebih 10 tahun pakai. Water-proof coating pun dah tanggal. Saiznya tak berapa sesuai untuk orang kita pasal design dia untuk market mat saleh. Untuk hiking biasa, ok. Tapi kalau nak menyelusup bawah pokok, celah batu, tak berapa ok pasal bag tu lebar. Tapi saya suka pakai bag tu pasal padding dia sedap, material lembut, side pocket besar boleh masuk water bottle. Karrimor Panther 65 tu rasanya orang punya, tapi saya masih simpan lagi sampai sekarang...  

tambhn dr syida :
Eh! bukanlah En. Zaman, Karrimor tu bukan ke you beli kat UFL masa ada sales dulu...  kalu tax silap kita beli together-gether.
 
reply dr fnd @ tazen
hmmm. haversack color biru muda tu kan.ko guna time kita gi tapis kan?
tapi bukankah ada 1 trip lain yg kita ke pelangi shj yg kita BBQ kat pelangi ko guna panther 65?
 
jaw dr in @ tomato
saya guna karrimor...dulu panther 55L old pesen...sikalang suda upgrade new pesen...
tapi tgk xpdc gak...kalo lama sket guna 65L...takat 3-4 hari guna 55L...
mmg dari dulu minat kompol beg karrimor...tak kira ler pesen baru ker lama...
geram jer nengok kat kedai nun...ehehehe
 
reply dr fnd @ tazen 
wah.. karrimor collector rupanya. teringat time gi tapis 1st time.time tu tengku wong tak buat lagi jalan balak kat situ. so.. memang kena redah dgn kaki gak. 4X4 memang tak leh masuk. so. kena redah resam2. tebal plak tu. pacat tak yah citer le. guide yang bawak org ke tapis tu nama ali.budak pancing. dia pakai karrimor model apa ntah. size 35 je.tapi model lama le haversack tu. mana2 trip pun. trip 10 ari ke. haversack tu jugak le dia guna. calang2 guide je boleh lepas. sebelum tu ada team dari utusan. balik bodoh je. sbb tak jumpa jalan. dari CP1 ke CP2. bila sampai CP2 tu panjat bkt tobat tu tak de masalah dah. mesti ada orang tak faham apa citer sebenarnya ni. kalo tak faham tak pe. boleh tanya. nanti di jawab kembali. insyaAllah. my haversack idaman. lowe alpine liberty 60+20 tapi tak tau mana nak cari. dalam mesia tak de jual dah. product lowe alpine tak masuk market mesia dah skrg. dulu2.. tahun (2002) dah ngaris2 dapat beli. kirimkan duit kat member kat ireland. dia gunakan duit tu untuk cover phone bills dia. bila dia balik mesia. kerja. dia ganti balik duit tu.
 
jaw dr in @ tomato
ekceli minat karrimor sbb memule kenal outdoor terus kenal karrimor skali...
once dah pakai terus sangkut...ehehee
ader gak kengkawan dah biasa guna deauter misalnyer dah takleh tukau brand lain...
yelah dah serasi katekan...lowe alpine mahal lebih dari karrimor yek...
so far tak penah try tapi satu ari nanti mungkin buleh...
karrimor UK pun dah tak masuk sini...mahal tahap melampo...
supplier pun tak berani ambik...

tapis version menapak dari luar tak penah buat lagik...mak tak kose nyahhh....ekekekee

p/s : kelmarin masa menapak ke lolo selisih ngan matwei...
 
reply dr fnd @ tazen
oh gitu rupanya.
my part plak. suka pinjam haversack member2.
test 1 trip. kalo best pinjam lagi.
then kalo jumpa member2 beli haversack baru. rasa nak pinjam lagi.testing
purpose.kalo dapat jack wolfgang.cerro torre, north face (tapi bukan yg cikai2 cam
kat kedai bundle le) nak try gak haversack tu.tapi yang paling teringin nak
test adalah brand nomad made in france. dulu tengok kat outdoor center jln
ampang rm1400.

lowe alpine tak de le mahal sgt. cuma range dia tak de yg murah.
budget kurang2 nak ada rm600 untuk dapatkan size 60L++  made in ireland.
rasanya lowe alpine liberty rm900 - 1K. kalo tak silap le. tempohari  tengok
kat URL diaorang.

karrimor pun dok main range tu gak kan. kalo karrimor cougar ke..
dueter pun dalam range tu gak.

wah.. ya ke karrimor UK dah tak masuk market mesia?
kalo camtu yg ada kat market skrg made in china ke?
 
jaw dr in @ tomato
yup, kebanyakannyer made in china...
dgr citer supplier tak berani ambik UK spek sbb rege yg melampo naik...
 
reply dr fnd @ tazen
even time UFL offer pun pakai karrimor made in china ke?
tapi kalo time offer UFL biasanya design karrimor yg ntah apa2 dia org jual.
 
soalan dr alon @ ah peng
tanya sedikit. UFL tu apa benda. kat mana?
 
jaw dr fnd @ tazen
UFL .. hmmm. sila lawat http://www.ufl.com.my/
tempatnya di damansara yang hujung2 kat sg. buloh dah. dekat2 dgn twintech college.

biasa offer yg dia buat hanya 2 days. dia announcekan dalam paper pun 2,3 days before sales.
sales memang gempak sbb jual harga gudang. eg: haversack rm700 boleh dapat rm400.00
 
 

Blog EntryJun 17, '05 4:53 AM
for everyone


1. Bujang Melaka, Kampar Perak - 16 & 17 Julai
http://norilfa.fotopages.com/
trip 2 hari 2 mlm je.
 

bertolak dari kl. kol 10 mlm.
sampai kaki bujang melaka. paling lewat 2 pagi.
pasang khemah. tido.
esok pagi (sabtu. 16 july) naik & turun bujang melaka.
sabtu ptg dah sampai bawah.
so.. pilihan le. saper2 nak balik ke nak lepak lagi le. leh kita BBQ
payment mode.
deal dgn owner keter le untuk transport.
then mamak ckp untuk makan. bayar kat dia le dlm rm20 @ 30 (termasuk BBQ)
 
pasal idea wani tu. saper nak join/follow idea dia?
aku plak. ahad tu plan nak gi umah makcik kat batu gajah. dah alang2 dekat dah tu. singgah le umah makcik.
hehehehe.
 
kos secara kasar kurang lebih rm70 per head kot. transport, makan, guide.

2. Sg Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor - 16/17 Julai (Tarikh akan dipindahkan ganti ke Bujang Melaka)

7:30 AM: Berkumpul & sarapan di R&R Sg Buluh.
8:00 AM: Bertolak ke Sg Chiling.
9:30 AM: Sampai ke tempat letak kereta. Trekking ke air terjun.
11:00 AM: Tiba di air terjun. Mandi, lunch, sembahyang.
2:00 PM: Berkemas dan trekking keluar.
3:30 PM: Tiba di kereta. Pulang.

Sesiapa yg berminat bolehlah submit nama ke email add md_zaman@tem.toshiba.co.jp

3. Belumut, Kluang, Johor (Ogos, untuk warming up ke Gagau)
tak tau nak selit jadual kat mana.
hehehe.


4. G.Gagau 5 - 9 Ogos ( tarikh ini masih dlm perbincangan maybe 9-13 Sept 2005) 
pasal gagau tu.
sebenarnya jumpa penyertaan kurang lebih 20 org adalah amount yg cantik.
2 guide.
sorang depan sorang last sekali, but not sweeper.
sbb guide bukan sweeper.
sweeper adalah dari our team sendiri.
skrg ni. permintaan dari team kita kat kl. kurang dari 10 org.
sbb member2 MJ just confirm 5 org je.
kalo combine dgn group cikgu, may be baru dapat jumlah org yg dikehendaki.
masalah kalo combine dgn group cikgu kena ikut jadual dia.
dia lak masih elom leh kuarkan jadual dia sendiri.
highly probly middle of august le.
katakan yg jadi adalah. MJ bersama member 5 org.
zaman, shida, naim & member naim + aku. = 10.
along + tomato + adlin. = 13.
so tak cukup lagi 7 org. mana mau carik lagi 17 org tu ek.
1 idea.  advertisekan dalam gunung online le.

pasal bot setakat ni.
ada cuba2 tanya dalam gunung online. dapat le 1 contact number. uteh.
harganya yg dia boleh bagi paling rendah rm100 per head. untuk bot shj.
yg saya cari sendiri selepas mintak tolong member (member tu keje cikgu,
ngajar kat area pengkalan gawi) pun rm90 per head.
tu pun rasa cam mahal lagi.
skrg dok cari yg leh kasi paling murah rm70 per head untuk bot shj.
ada 2 contact number lagi elom dicontact.
1. try.. tapi tak angkat.
2. elom di call.

apa2 nanti akan update kemudian.

gagau. ( 4 mlm dalam hutan)
rasanya dah macam dapat bot yg harganya rendah lagi.
apa2 pun kita tunggu & lihat kemudian.
sbb budak tu baru nak balik kg & tanyakan pasal bot tu.
kebetulan sebenarnya dia nak balik kg esok.
guide pun ada ada contact number.
guide ramai. sbb perhilitan boleh dikatakan anytime akan ambil cuti.part
time bawak org daki gagau tu.
transport dari kl ke k. berang.. apa lagi. bas le.


5. G.Tebu, Besut,T'ganu - repeat untuk (zaman, shida,naim, su, hafiz) merujuk kepada shedule zaman.

6. klip2 Kg Kuantan.( projek 2 tahun lepas. tapi elom jalan2 lagi)
transport keter gak le.
tarikh tak de lagi.
sabtu ahad gak kita guna.
pergi sabtu lepas zohor.
sampai sana dalam pukul 5 ptg.
port kat rimba alam. 1 kawasan reserve untuk tempat memerhatikan burung.
sama taraf dgn kuala gula.
kat situ ada chalet or. kita leh port pakai khemah aje.
ptg tu pukul 6 kita gerak ke kg kuantan. gi tengok klip2.
malamnya kita balik ke camp site. tido kat situ n BBQ.
esok paginya leh tengok woodstock burung dari menara tinjau.
tengahari balik kl.


7. G.Kinabalu (Kota Kinabalu)